Wednesday, November 11, 2009

PRA SYARAT KEJAYAAN JAMAAH ISLAM @GERAKAN ISLAM Siri Akhir

Salam sahabat-sahabat,

Hari ini kita meneliti kupasan al-Maududi mengenai beberapa kelemahan-kelemahan yang sememangnya sedia ada dalam diri insan tidak terkecuali pendokong Gerakan Islam seperti mementingkan diri sendiri, tabiat tidak seimbang, pemikiran yang sempit (singkat akal) dan membuat keputusan yang lemah. Perkara-perkara ini hendaklah diurus dengan baik.

Kelemahan-kelemahan tersebut walaupun sebenarnya tidak merosakkan asas (dasar)sesuatu pekerjaan. Tetapi ianya memainkan tugas terpenting dalam merosakkannya. Sekiranya ia dibiarkan berterusan dengan kecuaian dan kurang berhati-hati boleh membawa kehancuran. Syaitan memperalatkannya bagi menghalang kemajuan bagi sesuatu kebaikan. Ia mengalihkan kebaikan manusia kepada keburukan dan membawa gangguan ke dalam sesuatu jama’ah. Oleh itu penting bagi menyemak kecenderungan buruk ini untuk mengekalkan jama’ah yang sihat. Tetapi yang lebih penting lagi ialah orang perseorangan dan jama’ah yang berhasrat untuk membuat pembaharuan di dalam masyarakat serta menegakkan peraturan Islam itu berjaga-jaga supaya tidak bercampur sama sekali dengan unsur-unsur yang melemahkan ini.

1. Mementingkan Diri Sendiri.

Di antara kelemahan manusia yang paling menguasai dan mengganggunya ialah sifat mementingkan diri sendiri. Keadaan sebenarnya berpunca dari fitrah tabi’i manusia yang mengasihi diri sendiri. Ini bukanlah merupakan perkara yang buruk malahan perlu di dalam batasnya serta berguna pula. Allah telah mengurniakan gerak hati ini untuk kebaikan manusia sendiri yang digunakan untuk keselamatan dan kesihatannya. Jika emosi ini didorong oleh syaitan ia akan bertukar pengasihan yang bersangatan (berlebihan) dan menurut kata hati (perasaan) dan menjadikan seseorang itu mementingkan diri sendiri. Ini selanjutnya menjadi pembuka jalan keburukan yang sepatutnya punca kebaikan. Setiap peringkat peningkatannya akan menghasilkan rantaian-rantaian kesilapan (kesalahan) yang baru.
Antaranya ialah:
a. Rasa girang hati (tanpa berasa bersalah) -
merasai dirinya sangat baik, ia akan memasuki hidup berpuak (berkelompok). Serta mengingini orang lain menganggapnya sedemikian. Dia suka mendengar pujian ke atas dirinya dan tidak sabar terhadap sesuatu teguran terhadapnya. Walaupun nasihat yang bersimpati (berguna) sekalipun akan menyakiti keakuannya. Sifat keakuannya memutuskan semua cara dalaman dan luaran bagi pembaharuan dan pembetulan dirinya.
b. Rasa cemburu dan dendam.
c. Syak wasangka.
d. Mengumpat dan lain-lain.

2. Tabiat tidak seimbang
3. Pemikiran yang sempit.
4. Membuat keputusan yang lemah.

Atas sebab kekangan masa maka setakat ini sahaja. Maka dengan itu sahabat-sahabat hendaklah meneliti dan mentelaah sendiri buku al-Marhum Ustaz al-Maududi Pra Syarat Kejayaan Harakah Islamiyyah.
Sekian, terima kasih.

Tuesday, November 10, 2009

RELAKS KEJAP - jangan tension - MOTOR BERKUASA TINGGI









Monday, November 9, 2009

PRA SYARAT KEJAYAAN JAMAAH ISLAM @GERAKAN ISLAM Siri 9

Salam sahabat-sahabat sekalian,
Persoalan riya'(menunjuk-nunjuk) jangan dipandang ringan kerana ianya berkaitan dengan soal keikhlasan dalam melakukan amal dan gerakerja. Ikuti kupasan al-Marhum Ustaz Maududi;

2. Riya’ (menunjuk-nunjuk).
Satu lagi kesalahan besar yang setara dengan kesombongan di mana ia memasuki ke akar umbi kebaikan ialah keinginan untuk mendapatkan nama sebagai balasan kebaikan. Seseorang itu mungkin berkehendak untuk mendapat pujian dari masyarakat pemuji.
Kesalahan riya' adalah berlawan dengan keimanan yang sebenar dirinya. Riya' adalah dikira sebagai tudung syirik.

Mempercayai Allah dan hari akhirat menuntut seseorang itu mesti melakukan sesuatu hanya untuk mendapat keredhaan Allah (mardhatillah). Dia menghubungkan pengharapannya untuk mendapat pembalasan hanya dari Allah sahaja dan berwaspada(menaruh harapan) kepada pembalasan hari akhirat dari kecenderungan pembalasan duniawi.

Tujuan seorang munafik adalah untuk mendapat keyakinan (sokongan)masyarakat. Dia mencari pembalasan dari mereka sahaja dan ingin mendapatkan bahagian pembalasannya dalam bentuk nama, kemasyhuran, pengaruh dan kekuasaan di dunia ini sahaja. Dalam perkataan lain, ia boleh diertikan bahawa dia telah menjadikan masyarakat sebagai saingan Allah atau setara dengannya. Jelaslah di sini bahawa dari kecenderungan pemikiran ini keseluruhan khidmatnya adalah tidak kerana Allah, juga tidak ke arah cara hidup yang dikehendaki oleh Allah. Ianya tidak dikira sebagai amal saleh di sisi Allah Subhanahu Wata’ala.

Desakan kemungkaran ini(riya') bukan hanya membatalkan perbuatan yang dikira sebagai bernilai. Malahan mustahil dapat menuju ke jalan yang benar akibat desakan keji itu. Bentuk ganjil desakan ini ialah seseorang itu menjadi semakin berminat terhadap penghebohan kerjanya berdasarkan penyelesaiannya yang berjaya. Persembahan pujian dan sokongan (keyakinan) yang melambung tinggi merupakan matlamatnya yang nyata. Kerja yang tersembunyi tanpa diketahui oleh orang lain kecuali Allah, hilang daya penarik baginya. Secara ini, ruang lingkup kerjanya sempit (terbatas) hanya kepada perlakuanyang mempunyai kecenderungan untuk diketahui oleh umum. Segala minat kepada kerjanya hilang selepas dia mencapai matlamat dan mempunyai nama yang kukuh. Tidak mengira darjah kesungguhan, dia mungkin telah memulakan kerjanya.Tetapi bakti kesungguhan terhadap risalahnya mulai mengalami hakisan (menurun)sebaik sahaja kesalahan di atas menjalar masuk.

Dia bertindak seakan-akan batuk kering yang merosak pati kehidupan. Adalah mustahil baginya untuk kekal kepada kesungguhan apabila dia tidak berada di mata umum dan meneruskan tugasnya untuk kewajipan tersebut. Dia mengukur segala-galanya melalui ukuran umum dan penerimaan umum. Dalam semua hal dia berhati-hati menghubungkan dirinya dengan masyarakat yang besar jika perancangan garis kerja itu tidak menjadikannya dikenali umum. Dia mengutamakan kehendak perasaannya (suara hatinya) untuk membenarkan melakukan sesuatu tindakan(kerja).

Mereka yang duduk terasing dan bertafakkur, mendapati mudah mengelakkan kerosakan itu. Tetapi mereka yang berhadapan dengan umum untuk menjalankan tugas perubahan dan peningkatan, mendapati diri mereka dikelilingi serangan “kuman batuk kering” akhlak. Seterusnya mereka terpaksa melakukan sesuatu perkara untuk dilihat oleh umum. Mereka terpaksa menyesuaikan diri mereka untuk mendapat sokongan masyarakat dan menggunakan pengaruh ke atas mereka itu. Mereka juga perlu memberi huraian (penjelasan) kepada umum tentang pencapaian mereka. Terlalu banyak unsur dari khidmat mereka yang boleh menarik perhatian masyarakat terhadap mereka danmenambahkan lagi kata-kata pujian dari masyarakat. Mereka juga terpaksa berhadapan dengan penentangan dan terpaksa membela diri mereka dengan membuka rahsiasebahagian keterangan kerja-kerja yang baik. Di dalam keadaan begini adalah tidak mudah untuk mendapat kemasyhuran nama. Tetapi dia bukan tamak untuk mendapat kemasyhuran nama. Kemasyhuran nama serta penghebahan kerja boleh terjadi secara tabi’i. Namun demikian penyakit ingin mendapat kemasyhuran tidak akan menjangkiti pemikiran si pembuat walaupun dia mungkin memperolehi kemasyhuran tetapi itu bukan menjadi matlamatnya. Dia mungkin mendapat penghargaan umum tetapi pencapaian itu bukanlah matlamat yang ditujuinya. Keadaan untuk bercambahnya sifat bermuka-muka mungkin menyerangnya tetapi perkara ini tidak berkesan terhadapnya.

Ini memerlukan kerja yang keras, sentiasa waspada dan usaha yang bersungguh-sungguh. Jika berlakusedikit kelalaian sekalipun boleh memberi jalan kemasukan kuman kemunafikan.

a. Usaha orang perseorangan.
Untuk menjauhi penyakit ini, usaha orang perseorangan dan jama’ah adalah penting. Cara bagi usaha perseorangan ialah setiap peribadi perlu merancang untuk melakukan tugas tertentu yang boleh disembunyikan (jangan menunjuk-nunjuk) dan perlu meneruskan penyemakan (muhasabah) diri sendiri. Jika dia merasai lebih berpuas hati dengan amal soleh yang tidak dilihat oleh masyarakat; jika didapati lebih condong kepada pilihan kedua itu, dia perlu mengambilnya sebagai suatu amaran bahawa bermuka-muka (menunjuknunjuk)telah menjangkitinya; kemudiannya dia perlu meminta belas rahim Allah disertai dengan keinginan yang bersungguh-sungguh cuba menyemak dan mengelak kecenderungan ini dalam pemikirannya.

b. Usaha jama’ah.
Cara bagi usaha jama’ah ialah jama’ah tersebut tidak boleh membenarkan kecenderungan kepada sifat nifaq wujud di kalangan anggotanya. Mereka perlu menghadkan penghebahan kepada umum tentang perkara yang sebenar. Walaupun terdetik sedikit keinginan untuk menunjuk maka lintasan itu patut dibinasakan dari awal-awal lagi. Dalam perbincangan kumpulan, sebarang petanda sesuatu tindakan itu akan menimbulkan persetujuan atau perlakuan tertentu yang menyebabkan hilang kepercayaan masyarakat maka ia mestilah dihindarkan.
Suasana dalam jama’ah perlulah merupakan asuhan kepada pemikiran yang tidak mempedulikan pujian dan penghinaan umum. Juga tidak menggalakkan keadaan pemikiran yang menjadi rendah(rasa hina diri) apabila tidak mendapat pujian atau sanjungan tiada mendapat kekuatan (semangat) dengan tiada pujian dari masyarakat. Sekalipun sebilangan kecil sahaja ahli jama’ah menunjukkan kecenderungan bermuka-muka, mereka tidak boleh digalakkan. Sebaliknya rawatan yang sesuai perlu diambil untuk menyembuhkannya.

3. Berniat buruk.
Kesalahan dasar yang ketiga ialah bemiat buruk di mana tidak dapat menghasilkan kebaikan jika wujud perkara itu. Amal yang baik hanya boleh dilakukan dengan niat yang bersih (suci) untuk menyebarkan kebaikan di dalam dunia dan untuk mendapat keredhaan Allah Subhanahu Wata’ala.

Niat ini tidak boleh dihubungkan dengan minat peribadi atau jama’ah. Kita juga tidak bertujuan untuk mendapat sebarang keuntungan duniawi. Justeru sebarang alasan untuk mencapai sesuatu harapan atau cita-cita untuk kepentingan diri kita sendiri tidak boleh dikemukakan. Latihan ini memerlukan perjuangan yang besar bagi orang-orang perseorangan dan darjah kemurnian hati dan jiwa yang tinggi.Dalam hal ini, untuk tiba ke tempat tumpuan yang betul, kita perlu memahamihakikat perbezaan di antara dua perkara yang serupa. Kita perlu jelas bahawa seseorangyang ingin perubahan dalam cara hidup jama’ah tidak boleh menyimpangi niatnya darikesan perubahan politik yang terbina bersama perubahan yang lain. Jelaslah di sini bahawa suatu perubahan dalam corak politik membawa erti bahawa kuasa perlu berada ditangan mereka yang inginkan perubahan atau perlu dipegang oleh mereka yang mempunyaikehendak yang sama. Tetapi perbezaan yang terletak dalam kehendak kuasa untuk “diri” dan mencari kuasa sebagai dasar (untuk menjalankan prinsip Islam) adalah dua perkara yang berbeza. Dasar yang ditentukan dengan kuasa boleh bererti kuasa bagi pemegang dasar (prinsip). Tetapi secara jujur menghendaki kuasa untuk menjalankan prinsip dan kehendak pemegang prinsip untuk mendapatkan kuasa bagi diri mereka adalah dua perkara yang terpisah. Perbezaannya terletak dalam matlamatnya (intisarinya). Perkara kedua, dipenuhi dengan niat buruk sedangkan yang pertama tidak. Niat yang benar perlu ditetapkan awal-awal lagi walaupun terpaksa melibatkan harga dirinya. Tetapi pemikirannya tidak mempedulikan perkara yang kedua. Contoh yang ditunjuk oleh junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. dan Khalifah Ar-Rasyidin adalah tersedia jelas.
-BERSAMBUNG DALAM SIRI KE 10

Sunday, November 8, 2009

PRA SYARAT KEJAYAAN JAMAAH ISLAM @GERAKAN ISLAM Siri 8

Salam sahabat-sahabat,

Dalam Bab Kelima ustaz al-Maududi menerangkan KESALAHAN-KESALAHAN BESAR yang juga merupakan maksiat-maksiat hati seperti;
1. Sombong (takabbur)
2. Riya’ (menunjuk-nunjuk)
3. Niat buruk

Daripada sifat-sifat mazmumah(terkeji) inilah terbitnya perlakuan jahat seperti merompak, merogol, menipu, permusuhan dan sebagainya. Untuk itu pejuang-pejuang Islam wajiblah menjauhinya.

1. Sombong (takabbur)
Kesalahan yang utama dan paling buruk menimpa akar umbi kebaikan adalahkesombongan, menurut kata hati dan memuji diri. Ini adalah desakan syaitan yang bersesuaian dengan corak kejahatan. Tiada amalan soleh yang boleh dilakukan dengan desakan ini, kerana kebesaran adalah berhubung dengan Allah sahaja dan kesombongan di kalangan manusia adalah kesalahan yang nyata. Hasilnya ketika mengidap penyakit ini tiada keberkatan untuk petunjuk yang lurus. Dia berterusan melakukan kebodohan dan perbuatan tanpa berfikir sehingga menemui kegagalan. Suatu akibat lagi ialah masyarakat mula membencinya dari kesombongan yang tunjukkannya. Akhirnya dia gagal membina pengaruh maruah di kalangan masyarakat selepas masyarakat umum merasa hilang kepercayaan terhadapnya.

Kesalahan ini menjalar ke dalam ciri jama’ah yang berusaha untuk kebaikan melalui beberapa saluran. Mulanya, ia menyerang hati kecil apabila keadaan keagamaan dan maruah mereka dirasai lebih baik daripada masyarakat sekeliling dan dari ini mempercayai khidmat mereka, patut menerima kata-kata pujian dari pihak lain. Pada peringkat itu, syaitan meletakkan dalam pemikirannya kefahaman yang salah bahawa mereka kini adalah penting dan dengan penghasutan syaitan, mereka mula melahirkan kepentingan mereka dari lidah dan perbuatan mereka. Perlahan-lahan tugas yang bermula dari niat yang buruk mengambil lorong yang salah. Terdapat satu lagi saluran melaluinya kejahatan menjalar di kalangan mereka yang berniat baik untuk merubah diri mereka bersama-sama perubahan masyarakat umum. Mereka sudah tentu menerima beberapa kebaikan tertentu darinya. Mereka mencapai kedudukan yang terkemuka dalam masyarakat dan sebahagian dari khidmat mereka diakui bernilai. Hal ini tidak menghalang mereka menjadi terkenal. Menyedari perkara-perkara tersebut adalah perkara tabi’i.

Namun dari sedikit kelalaian penjagaan diri terhadap hal ini disertai dengan desakan syaitan, ia bertukar kepada kesombongan menurut kata hati. Kadangkala satu keadaan timbul apabila lawannya cuba mencari kesalahan pada aktiviti-aktiviti serta peribadinya. Dari itu dia akan menerangkan beberapa perkara untuk membela dirinya bahawa dia benar tetapi diwarnai dengan bangga diri. Bentuk yang sedemikian dengan kekurangan kesedaran, membawanya kepada lapangan kesombongan dan terbukti merugikan, yang perlu diawasi oleh kedua-dua pihak anggota dan jama’ah yang berdiri tegak untuk menegakkan pengisalahan masyarakatnya.
a. Tunduk kepada Allah.
Setiap orang perseorangan dan jama’ah gerakan Islam mestilah mempunyaikesedaran penuh terhadap pengabdian mereka kepada Allah. Mereka yang mengambil tugas untuk mencapai sesuatu perlu wujudkan anggota dan jama’ah yang mengabdikan diri dengan sebenarnya kepada Allah. Mereka tidak boleh lupa kepada kebenaran bahawa kebesaran hanyalah hak istimewa Allah. Melainkan dengan hanyalah merendahkan diri menaruh sepenuh harapan kepada Allah dan merupakan tingkat yang sesuai sebagai hambaNya. Sebarang hamba yang melakukan nilai kebaikan menyerahkannya kepada Allah.Ini adalah suasana kesyukuran dan bukan keriangan diri. Dari itu merendahkan diri kepada Allah diperlukan, dan modal yang kecil ini perlu digunakan ke arah kebaikan, supaya Allah melimpahkan berkatNya dan sifat baik ini menjadi mulia dan bercambah. Memenuhi kesombongan hasil dari menurut kehendak hati bererti menggantikan kebaikan dengan keburukkan dan ini sudah tentu bukan lorong peningkatan tetapi jalan kemunduran.

b. Menyelidik diri sendiri
Di sebalik tunduk kepada Allah, menyelidik diri sendiri dapat menyelamatkan seseorang itu dari merasai kesombongan. Seseorang yang berkeupayaan meneliti diri sendiri dan bersama dengan nilaian sifat baik dirinya, tidak akan menjadi mangsa kepada menurut kehendak hati (perasaan). Seseorang yang meneliti akan dosa, kesalahan dan kekurangan pada dirinya akan benar-benar sibuk untuk mendapat pengampunanNya (Allah) dan tidak akan memberi peluang membenarkan rasa bangga meresap ke dalam pemikirannya.
c. Menjaga ketinggian peribadi
Terdapat satu lagi perkara yang dapat memeriksa kecenderungan buruk ini.
Seseorang itu janganlah mengira bahawa kerendahan kedudukan orang lain menentukan dia lebih tinggi dalam perbandingan itu. Sebaliknya dia perlu melihat kepada ketinggian peribadi, keagamaan dan akhlak yang menentukan dia rendah dalam perbandingan itu. Kerendahan akhlak dan sifat keruhanian adalah tidak terbatas, begitu juga kemuliaannya (ketinggiannya). Malahan orang-orang perseorangan yang rendah (hina) sekalipun akan menunjuk (memandang) kepada mereka yang lebih rendah darinya. Dia akan merasa bangga dengan kedudukannya yang lebih baik berbanding dengan mereka yang lebih rendah darinya. Sebaliknya hasil kesombongan ini tidak lain hanyalah membiarkan dia di tahap yang asa! dan menghalangkan dirinya menjadi lebih baik. Dia melalui tahap ini dengan disertai oleh rangsangan syaitan dan angan-angan bahawa masih ada ruang untuk membongkok lebih rendah (melihat ke bawah).

Hanya mereka yang menentang ke arah peningkatan boleh mencapai untuk menerima sikap ini. Mereka yang benar-benar menghendaki (diilhamkan) untuk mencapai peningkatan sentiasa memandang ke atas dari membongkok ke bawah. Semakin banyak ketinggian membuka jalan bagi mereka selepas mereka mencapai satu peningkatan. Ketika mengkajinya, jika terdapat kelemahan dalam jiwanya, mereka akan bertambah sedar dan insaf hati mereka. Ini tidak menjadikan mereka ditiup dengan kebanggaan (kesombongan) dengan apa yang telah mereka capai. Perkara ini merangsangkan mereka untuk meningkat lebih tinggi.
Sebagai tambahan di atas adalah penting bahawa jama’ah itu perlu berhati-hati selalu dan sedikit tanda kesombongan, menurut kehendak hati dan memuji diri perlu diawasi dan langkah segera patut dilakukan untuk menyemaknya. Tetapi keadaan langkah penyemakan itu janganlah sehingga menggalakkan perikemanusiaan yang palsu dan budi bahasa yang menonjol. Tiada yang lebih hina dalam ciri kesombongan dari menyelubunginya dengan kepalsuan dan memberi kesan kepada perikemanusiaan dan kesopanan.

Saturday, November 7, 2009

RELAKS KEJAP - jangan tension - MOTOR HANTU





Friday, November 6, 2009

PRA SYARAT KEJAYAAN JAMAAH ISLAM @GERAKAN ISLAM Siri 7

Salam sahabat-sahabat seperjuangan,

Jalan untuk mencapai "kemenangan Islam" tidaklah mudah. Setiap anggota Gerakan Islam mestilah memiliki ciri-ciri dan sifat-sifat tertentu seperti ikhlas kerana ALlah, akhirat menjadi target utama dan lainnya.
Jom! kita terus memahami tulisan al-Marhum Abu A'la al-Maududi.

3. Budipekerti (syakhsiyyah Islamiyyah) yang mulia
Perkara yang benar-benar mengubahkan perkara yang dibincangkan dalam dua
kelayakan di atas kepada satu daya yang kuat ialah suatu budi pekerti (syakhsiyyah
Islamiyyah) yang mulia.

Sesiapa yang bekerja di jalan Allah sepatutnya dia adalah orang yang mempunyai idea-idea yang tinggi dan mempunyai sifat keberanian. Mereka patut mempunyai sifat belas kasihan kepada manusia dan juga berkehendak sifat kemanusiaan yang baik kepada semua orang. Mereka patut juga mempunyai belas kasihan dan baik hati dan juga patut menghayati dengan perasaan hormat diri dan rasa puas hati. Selain dari itu, mereka patut tidak mementingkan diri sendiri dan berkelakuan baik. Lidah mereka sentiasa manis dan kelakuan mereka lemah lembut.

Ringkasnya mereka bebas daripada dijangkiti oleh penyakit dan setiap orang mesti berada dalam keadaan sihat. Mereka mesti bersedia memberi kepada orang lain lebih daripada mereka harus lakukan dan mereka memiliki untuk diri mereka kurang daripada perkongsian (habuan) mereka. Mereka patut menukarkan kejahatan kepada kebaikan atau menjauhkan diri daripada dipengaruhi oleh kejahatan, sekurang-kurangnya mereka patut mengakui kesalahan mereka dan menghargai kelayakan-kelayakan yang baik dari orang lain.
Mereka perlu mempunyai hati yang sanggup tidak menghiraukan kelemahan orang lain, memaafkan kesalahan mereka, tidak gembira (bangga) dengan kelebihan dirinya dan tidak mengambil sesuatu pembalasan bagi kepentingan dirinya sendiri. Mereka patut gembira berkhidmat kepada sahabat-sahabat seperjuangan dan tidak berkhidmat dan bekerja untuk keuntungan diri sendiri tetapi untuk faedah mereka yang lain. Mereka patut terus menjalankan tugas mereka, mengabaikan pujian dan tidak mengambil perhatian kepada cacian-cacian.

Mereka sepatutnya tidak mengharapkan ganjaran daripada sebarang kaum selain daripada Allah. Mereka sepatutnya tidak menyerah kepada sebarang kuasa dan tidak pula mudah terpengaruh untuk tunduk kepada kuasa wang. Tetapi sepatutnya tanpa kebimbangan menganggukkan kepada mereka (mengakui) kepada kebenaran dan menimbulkan kepercayaan baik kepada musuh-musuh mereka, dengan memberi perhatian kepada mereka tanpa mengambil sebarang tindakan, tidak menyimpan prasangka buruk, bersifat jujur dan adil. Kelayakan-kelayakan ini benar-benar dapat memenangkan hati mereka. Tugas mereka lebih kepada memberitahu daripada menghayun pedang dan nilai mereka lebih daripada harga perak dan emas.

Sebarang orang yang bersifat dengan kualiti-kualiti di atas dapat menawan hati-hati jiran-jirannya. Begitu juga, jika seluruh kumpulan manusia menghayati dengan budi pekerti seperti sifat-sifat tulen tadi dan mereka berusaha untuk mencapai ideal yang tertinggi dalam bentuk yang tersusun, negeri selepas negeri akan dapat ditewaskan dan tiada sebarang kuasa di atas muka bumi ini akan dapat mengalahkan mereka.

4. Ketabahan dan Tetap Pendirian
Satu lagi kelayakan akan di ambil kira sebagai kunci kepada kejayaan ialah ketabahan. Perkataan ini sangat luas pengertiannya. Sesiapa yang bekerja di jalan ini semestinya menghayati dengan semua sifat-sifat penting ketabahan. Makna ketabahan adalah seseorang itu jangan terlalu gopoh dalam tindakan. Dia sepatutnya bersabar untuk melihat hasil daripada usahanya pada masa itu juga dengan cepat dan tidak berputus asa, jika hasil keputusan mengambil masa untuk wujud.

Kelayakan seseorang yang berhubungan dengan ketabahan adalah dia sepatutnya bekerja dengan rajin untuk mencapai objektif bagi keseluruhan hidupnya dan tidak menyimpang perhatiannya disebabkan kegagalan berulang kali.
Makna yang lain ketabahan misalnya seseorang tidak berfikiran yang berubah-ubah, lemah dalam membuat keputusan, memegang pendapat-pendapat yang ragu-ragu.

Satu lagi penafsiran bagi ketabahan ialah seseorang itu mesti menghadapi kesusahan-kesusahan dan kecelakaan dengan berani dan sabar, sebarang kesukaran masalah yang datang kepadanya semasa cuba mencapai tujuannya. Seseorang yang mempunyai sifat ketabahan tidak akan berputus asa dan tidak berubah mukanya daripada sebarang angin ribut kemalangan atau kesukaran-kesukaran yang paling besar.

Ketabahan juga tidaklah seseorang itu mudah dipengaruhi dengan penderitaan. Dia patut bersifat tabah dan pemaaf. Sesiapa yang bertanggungjawab menjalankan perubahan dan pembaharuan, mempunyai kuasa membuat kebaikan kepada beberapa kerosakan. Dalam usaha ini, dia berhadapan dengan cacian dan tentangan buruk terutamanya dia menyampaikan risalahnya kepada masyarakat yang telah ditipu sebegitu lama.

Ketabahan juga bermakna bahawa seseorang itu patut tetap kepada jalan yang benar dalam menghadapi ketakutan dan godaan. Dia patut menjalankan tugasnya mengelakkan desakan syaitan dan semua keinginan hawa nafsu. Dia patut menjauhkan diri daripada tindakan yang dilarang dan mesti tetap tabah dalam menjalankan suruhan Allah. Dia patut menolak sebarang keseronokan dan memperolehi keuntungan melalui cara yang berdosa dan perlu menerima sebarang kerugian dan kekecewaan yang datang kepadanya ketika mengatur langkah ke jalan kebenaran dan kebaikan. Dia patut memerhati kecantikan yang menarik hati dalam kehidupan, penyembah-penyembah keseronokan duniawi dengan tenang hati dan tidak membenarkan sebarang perasaan cemburu untuk wujud terhadapnya, tidak bercakap dengan menarik terhadap perkara itu. Dia akan mendapati jalan keduniaan (duniawi) peluang terbuka kepadanya dan peluang-peluang baik dengan jalan yang menuju kejayaan dalam bidang itu. Tetapi dia patut berpuas hati dengan memiliki kehidupan dengan keyakinan yang telah diberi kepadanya dengan kurniaan Allah dalam tujuan dedikasinya ke arah menyempurnakan risalahnya.
Dalam semua penterjemahan di atas, ketabahan adalah kunci kepada kejayaan. Dalam bentuk apa pun jika ketidaksabaran turut serta kesannya ialah semua keputusan-keputusan akan rosak.

5. Bijaksana
Selain daripada kelayakan di atas, satu lagi yang penting ialah kebijaksanaan dan pada pengukuran yang jelas, ia menolong untuk mencapai sesuatu kejayaan. Apa jua sistem hidup yang berlaku dalam dunia, ia dijalankan oleh orang-orang yang mempunyai kecerdikan dan darjah kebijaksanaan yang tinggi. Ia digunakan dengan cara kebendaan dan kuasa kebijaksanaan, pengetahuan dan teknik yang menolong mereka. Dari perbandingan di atas, untuk memulakan satu sistem hidup baru dan menjalankannya dengan jaya bukanlah suatu permainan anak-anak.

Kejayaan adalah di luar kemampuan mereka yang duduk di bawah benteng “Bismillah”. Orang-orang yang “simple” walaupun mewarisi kelayakan yang tinggi dan niat yang soleh tidak boleh mencapainya. Ia memerlukan keupayaan memahami masalah. Ia hanya boleh dicapai oleh orang yang hidup pada suasana yang berbeza dan membuat rancangan bagi menguasainya dan berupaya menilai masalah hidup dan menyelesaikannya.

Oleh itu, bijaksana keseluruhannya merupakan perkataan yang menerangkan semua hal di atas, dan ia membawa erti semua kebolehan akal dan kebijaksanaan untuk memahami psikologi manusia dan menyelesaikannya, secara bersesuaian. Ia perlu tahu menarik perhatian mereka dengan pandangannya dan perlu mengetahui cara menggunakannya bagi maksudnya. Dia tidak boleh menggunakan ubat yang sama kepada semua hal. Sebaliknya, dia perlu mengubati setiap hal atas jasa bakti “penentuan penyakit” (diagnosis) dan tabiat. Dia tidak boleh mentadbir tingkat yang satu untuk menjalankan semua; tetapi ia perlu mengkaji suasana tertentu dan keadaan masyarakat dan kumpulan yang dia perlu membuat perhitungan.
Untuk mengetahui sifat tabi’i tugas seseorang dan huraiannya serta untuk berupaya menghadapi kesukaran dan perangkap dalam prosesnya, diperlukan kebijaksanaan yang sebenar. Dia perlu berfikiran jelas, cara melakukan cadangannya hingga berjaya dan cara mengatasi rintangan yang menghalangi jalannya. Adalah juga bijak bagi merasai denyutan masa, untuk menilai keadaan tabi’i masalah dan untuk mengetahui langkah yang sebenar untuk menempuh suasana itu. Menceburi sebarang rancangan kerja secara terburu-buru sebelum memeriksa keadaan tabi’inya, memulai rancangan kerja tidak bersesuaian dengan keadaan persekitaran, dan tidak berkebolehan mengambil faedah yang terbesar dari tempat yang menguntungkan adalah sikap yang tidak bertanggungjawab dan orang-orang yang bertabiat demikian, walaupun mereka mempunyai niat yang soleh dan kebaikan yang sangat tinggi, tidak akan mencapai kejayaan.

Dan puncak kualiti dalam kategori bijaksana ialah bahawa seseorang itu perlu memahami Islam dan perlu mempunyai pandangan yang mendalam tentang hal ehwal dunia. Pengetahuan rukun “syariah” sahaja serta boleh menggunakan secara kebetulan tidak mencukupi untuk kejayaan, dalam tugas memberi kehidupan baru bagi perundangan sosial, membongkar kejahilan cara hidup dan menggantikan tempat ia dengan perundangan baru berdasarkan keunggulan Islam.

Dari sini adalah penting bahawa ia perlu memahami dengan baik kedua-dua dalam huraian terperinci dan pemikiran umum bagi perintah itu, dari hanya mempunyai kefahaman umum pandangan Islam. Seterusnya, dia perlu sedar akan alasan suruhan itu dan perlu berada di rumah dengan suasana dan masalah masyarakat di mana dia perlu meletakkan rancangannya ke dalam bentuk praktik yang sebenar. Memintas pada segi yang berlainan bagi kelayakan yang diperlukan, seseorang itu dapat merenung dan berfikir bahawa pencapaian risalah ini boleh berkesan hanya oleh makhluk yang lengkap dan luar biasa. Adalah di luar kekuasaan peringkat manusia umum untuk menggunakan diri mereka dengan kelayakan bersinar yang sedemikian. Tetapi perlu difahami bahawa setiap dan tiap-tiap kelayakan tidak perlu menghiasi setiap orang
perseorangan ke peringkat yang sempurna. Ia juga tidak perlu menetapkan semua syarat ini perlu ada pada setiap orang dengan sempurna pada peringkat permulaan.

Pada hemat saya, dalam menghurai kelayakan di atas bahawa sesiapa yang bersedia untuk menjalankan kerjanya tidak boleh mengerjakannya semata-mata dengan semangat perkhidmatan sosial yang biasa. Sebaliknya mereka perlu meletakkan diri mereka bagi menyelidik sendiri untuk mencari sama ada mereka mempunyai syarat-syarat kelayakan yang diterangkan di atas. Sekiranya syarat-syarat itu ada, maka sudah cukup untuk menjalankannya di peringkat permulaan. Mendidiknya dan meningkatkannya adalah peringkat yang akan datang.
- bersambung insyaALLAH.

Thursday, November 5, 2009

PRA SYARAT KEJAYAAN JAMAAH ISLAM @GERAKAN ISLAM Siri 6


Marilah sekarang kita mengkaji kelayakan-kelayakan tambahan yang perlu untuk kejayaan dalam mencapai tujuan pembinaan kembali atau (islah dan tajdid) itu.

KELAYAKAN-KELAYAKAN(tambahan) YANG SEMPURNA
1. Hubungan dengan Allah dan keikhlasan hati
2. Mengingati hari akhirat
3. Budi pekerti yang mulia
4. Ketabahan dan tetap pendirian
5. Bijaksana

1. Hubungan dengan Allah dan keikhlasan hati
Hubungan dengan Allah dan bersifat ikhlas adalah kelayakan yang utama. Usaha-usaha menegakkan masyarakat Islam adalah suatu tugas yang tidak akan berjaya dengan kecuali adanya hubungan seseorang itu kepada Allah adalah benar-benar kukuh dan mendalam dan perhatiannya semata-mata terus ke arah bekerja kerana Allah sahaja, yang membimbing ke arah itu. Apa yang Allah suka mesti kita lakukan dalam kerja ini.
Cinta kepada Allah semestinya menjadi faktor penggerak. Keyakinan yang sepenuh perlu diletakkan kepada ketentuan Allah dan pertolonganNya. Segala pengharapan kepada ganjaran mesti dipohon kepadaNya. Segala arahan dan teguranNya kedua-dua termasuk “boleh” dan “tidak boleh” mesti diikuti, takut hanya kepada pembalasanNya perlu diresapkan ke dalam hati.
Sebarang ketakutan, sebarang kecintaan, sebarang kesayangan, sebarang penyembahan bercampur dengan perkara ini atau sebarang tujuan lain yang bersekutu dengan perkara itu akan menyimpangkan manusia (mereka) daripada jalan yang benar, dan apa juga yang dilaksanakan pasti tidak akan mendapat pertunjuk dari Allah.


2. Mengingati hari akhirat
Kelayakan lain, hampir berkaitan dengan perkara di atas ialah mengingati hari akhirat. Walaupun bengkel bagi mukmin adalah dunia ini dan di sini dia melakukan apa yang dikehendaki tetapi bukan dia melakukan perkara itu untuk dunia ini semata-mata malahan untuk hari akhirat jua. Dia tidak bertujuan untuk mendapat ganjaran dunia tetapi pengamatannya untuk mendapat ganjaran akhirat.
Dia patut melakukan semua perkara yang membolehkannya memperolehi ganjaran di hari akhirat dan dia patut menjauhi daripada semua perjanjian yang tidak akan berbuah di sana nanti. Dia sepatutnya enggan menerima sebarang ganjaran yang akan menyebabkan dia kerugian di hari akhirat nanti dan patut menerima sebarang kehilangan yang mana akan membawa ganjaran kepadanya di sana nanti.

Perhatiannya sepatutnya mempertimbangkan kerja yang akan menguntungkan dan merugikannya di hari akhirat. Sebarang kesenangan atau kesusahan dunia tidak akan menekan atau menghalangnya. Dia tidak menghirau sama ada usahanya di dunia menghasilkan atau keputusannya gagal – sama ada dia bertemu kejayaan atau berhadapan dengan kegagalan, sama ada dia mendapat pujian atau cacian, sama ada dia menerima ganjaran atau dihadapkan kepada penderitaan dan tribulasi. Dalam keadaan di atas dia mesti mempercayai bahawa tiada sesuatu benda pun terselindung daripada penglihatan Allah, kepadaNya dia serahkan dirinya, dan dia tidak mengambil sesuatu yang bernilai dari luar ganjaran hari akhirat, dan sesungguhnya kejayaan yang dicapai di sana adalah kejayaan yang sebenarnya.
Tanpa pemikiran ke arah ini sukar untuk orang perseorangan mengaturkan beberapa langkah ke arah yang sebenarnya. Walaupun sedikit perpaduan antara matlamat-matlamat keduniaan dengan idea-ideanya sudah pasti menggangu langkah-langkahnya. Sebarang kecederaan yang dideritai dalam menuju ke jalan Allah yang ditempuhi oleh seseorang yang benar-benar matlamat hidupnya boleh dicemari dengan godaan untuk mendapat ganjaran dunia dan beberapa peringkat kejayaan di alam dunia ini mengubah tingkah lakunya dalam suatu bentuk yang lain.